Showing posts with label ♥ ayam ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ ayam ♥. Show all posts

♥ AYAM MASAK MERAH ♥

Wednesday, August 18, 2010


Ayam masak merah kalo pedas2 mmg bes kan..lg plak bleh mkn dgn nasi minyak ke ns putih, ns tomato..dll,
 meh kite nengok resipinya k..


Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam
5 ulas bawang merah *di kisar
1 ulas bawang putih * di kisar
1/2 genggam cili kering * di kisar
1 inci hali * di kisar
sedikit air - agak2 je la k.
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato di potong 4

 Cara-cara memasak

  • goreng ayam separuh masak terlebih dahulu..toskan
  • kemudian tumiskan bahan2 kisar td hingga naik minyak & bau
  • masukkan tomato sos, serbuk perasa..& sedikit air..agak2 je..kalo nk pekat / cair
  • biarkan seketika mendidih masukkan ayam dh goreng td
  • tunggu hingga pecah minyak, lastly masukkan buah tomato..
  • hiaskan dengan daun bawang..wangi......=)


♥ AYAM GORENG BEREMPAH ♥

Tuesday, August 17, 2010


Ayam goreng berempah ni resipi sy reka sendiri je.. suke hati n syok sendiri punye..huhuhu..
tp, mase buat ni tk de daun kari..so, kalo nak lg best sila la letak skali daun kari ok!~
makan begitu saje pun sedap gak.. tp, sy slalu mkn bersama nasi lemak.. hihihi..
ala-ala nasi lemak ayam goreng berempah gitu..so, jom tgk resipi!~
Bahan-bahannya :-

5,6 ketul ayam
3 ulas bawang merah * ditumbuk
1 ulas bawang putih * ditumbuk
2 sudu besar cili boh.. nk pedas lg letak cili kering ke
3 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu kecil ketumbar * ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis * ditumbuk
1 biji telur
daun kari
serbuk perasa

Cara-cara membuatnya
  • gaulkan semua bahan-bahan diatas 
  • telur tu pecahkan skali gaul bersama ayam utk melekatkan rempah
  • perap selama 2/3 jam
  • kemudian boleh di goreng..gunakan minyak yg banyak ye..
  • enak di makan begitu sj.. =)


♥ RENDANG AYAM ♥



Rendang ayam skrg bukan shj di makan semasa menyambut Aidilfitri, tp dh ramai org masak rendang ayam ni sbg lauk harian.. huby mmg suka mkn rendang ayam.. tp, tidak bg sy..sbb kt kg sy, time raya je dpt jmpe rendang2 ni..hihihi.. so, layann je la kn kalo dh huby suke.. dpt resipi ni dr majalah wanita.. tp, sy tk ikot semua bhn2 tu sbb letak belacan, lada hitam.. so, mcm pelik la kn.. nk yg asli punye.. so, sy tmbah tolak ape yg patot.. ok la kan..
oohh,lupe..raya ni my turn blk kg..so,kt blk  kuantan.. huby request rendang itik.. jenuh plak mn nk cr itik..ma ckp itik kt kg skrg ssh nk carik..ye ke erk? huhu..patot sy yg ngidam ni huby plak??hihi..
jom,layan resipi rendang ayam ni!! ~

* Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam ( tk kisah la ayam ape2 pun..hihi )
4 cawan santan = 1 bj kelapa
4 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Serbuk perasa
Daun kunyit 3,4 helai ( hiris halus2 )

* Bahan-bahan utk di kisar

8/10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering
15 tangkai cili padi
1 inci halia
3 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 btg serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

* Cara-cara memasak

  • masukkan semua bahan kisar ke dlm kuali sehingga kering sedikit
  • kemudian masukkan ayam dan santan hingga sebati
  • masukkan kerisik dan serbuk perasa serta daun kunyit
  • gaulkan semua tunggu sehingga ayam sudah empuk..
  • sedap di makan bersama ketupat palas / nasi himpit

♥ DAPUR BERASAP ♥ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino