♥ RENDANG AYAM ♥

Tuesday, August 17, 2010



Rendang ayam skrg bukan shj di makan semasa menyambut Aidilfitri, tp dh ramai org masak rendang ayam ni sbg lauk harian.. huby mmg suka mkn rendang ayam.. tp, tidak bg sy..sbb kt kg sy, time raya je dpt jmpe rendang2 ni..hihihi.. so, layann je la kn kalo dh huby suke.. dpt resipi ni dr majalah wanita.. tp, sy tk ikot semua bhn2 tu sbb letak belacan, lada hitam.. so, mcm pelik la kn.. nk yg asli punye.. so, sy tmbah tolak ape yg patot.. ok la kan..
oohh,lupe..raya ni my turn blk kg..so,kt blk  kuantan.. huby request rendang itik.. jenuh plak mn nk cr itik..ma ckp itik kt kg skrg ssh nk carik..ye ke erk? huhu..patot sy yg ngidam ni huby plak??hihi..
jom,layan resipi rendang ayam ni!! ~

* Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam ( tk kisah la ayam ape2 pun..hihi )
4 cawan santan = 1 bj kelapa
4 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Serbuk perasa
Daun kunyit 3,4 helai ( hiris halus2 )

* Bahan-bahan utk di kisar

8/10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering
15 tangkai cili padi
1 inci halia
3 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 btg serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

* Cara-cara memasak

  • masukkan semua bahan kisar ke dlm kuali sehingga kering sedikit
  • kemudian masukkan ayam dan santan hingga sebati
  • masukkan kerisik dan serbuk perasa serta daun kunyit
  • gaulkan semua tunggu sehingga ayam sudah empuk..
  • sedap di makan bersama ketupat palas / nasi himpit

0 comments:

Post a Comment

♥ DAPUR BERASAP ♥ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino